Khamis, Februari 24, 2011

Hati Berdebar uols :(

Dah 2 3 hari ni memang acik asek la rasa berdebar debar.
Erm, korang penah rase tak bile kita leka pastu ada orang terkejutkan?
Lepas tu korang rasa ape?
Dada bergoncang2 tak? ahaha.. apakah yg bergoncang plak kan. dush! dush!

Maksud kite cam jantung korang laju gile kan?
Camtu la kite rase akhir2 ni..
Sebab tu kalau ada makhluk Allah yang membuta tuli buat acik tekejut kompem acik tarik muke sentap 14 uols!
Kang ke mati aku kt situ sape nk tanggung? kannnnnsss :P
Adakah jantung acik Lemah?????
Siyesly.... sedih.

Petang semalam balik kerjaan, seperti biase. merempit dengan sopan, nak keluar simpang boleh pulak pakcik keta tu main cak cak... nak kuar ke tak.
Acik dah duk tengah weh,ingatkan die nak kuar. Sekali dia berhenti pulaks.
Mengucap panjang la. Treler selaju laju menuju, pelik betul jalan yang kecik dalam kawasan kilang pun nak bawak laju ke. Hey u! Terkezuttt mak tauuu *sambil pukol2 bahu..

Alhamdulillah, masih bernyawa. Pengajaran beb, acik dah macam takmo lalu dah kat situ. :(
Tapi ajal dimana2 kan. Sudah ditetapkan. Astaghfirullahalazim. :)
Balik cakap dengan mak, mak cakap :
"Ko berangan ek bawak moto?"

Tsk.. tsk.. tsk
Mana sempat weh acik nak berangan. Korang bayangkan la dah la kuar simpang. ehhehehe
Ya Allah,jauhilah aku dari bala bencanaMu.Amin

Malam tadi, mak cakap Kak Ila da admit sebab darah tinggi.Sian beliau, sebab tu kena paksa beranak! Takpe, demi keselamatan baby dan ibu kan.
Dan Latest apdet, baby boy da deliver! yeh yeh! Anak beliau yg ke enam. Hebat tak?hebat kan..
nanti acik hapdet lain.

Nota Lutut : Rasa macam baru je jadi pengapit dak ayu bersanding. Now dia dah ade baby, hehehe..
Nur Iris Batrisya, tunggu aunty datang umah awak ok weekend ni. :)
Awak pakai cantik2 tau. huhuhuhuh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cayang labuchee:)

Ingat Mengingati

Belog Labuchee adalah tempat acik mengadu domba segala kegiatan acik, sekadar menghiburkan hati sendiri dan menjadi tempat mengimbau kenangan silam.eceh!Maka dengan itu, segala apa yang tercatat di belog ini adalah dari lubuk hati acik. tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih berpijak di bumi yang nyata mahupun sudah tiada ya ya ya. Selain itu, entry2 yang ditulis kadangkala dikarang oleh acik pada waktu malam dan diauto publishkan ikut sesuka hati acik waktu dan tarikhnya. Ia adalah bukan pada waktu pejabat (ewah.....). Uols dibenarkan berkongsi entry jika berguna la ye, dan diharapkan dapatlah dikreditkan ke Labuchee. hehehe. Sebarang kecurian yang berlaku di belog ini, penulis tidak akan teragak2 untuk belasah korang! aci tak?Harap maklum. Bersamalah kita mengeratkan silaturrahim. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...