Isnin, September 21, 2015

Im Backkk

Assalam..
Hii... Gile bersawang belog ko acik. heeeee

Yippiiii..akhirnya try and error, acik ingat balik password.
Hongehhhhh...

Nak dekat 2 taon owwwwwhh..
Sejak acik keje kt company construction ni tak penah lg update belog.
rindduuuu..

Kehidupan acik masih seperti dulu.
Tiada ape yg best hihihi
Masih bersendiri...ecehhh!

Dalam masa 2 taon ni macam2 yg berlaku.
semuanya membuatkan acik lebih matang.
lain kali je laaa citeee hehee

arini test powerr dulu...


Isnin, Februari 25, 2013

Hari hari Indah

Sambung cerita Alkisah masuk hospital.  Walaupun aku tau tiada siapa nak baca blog picisan aku, hanya kawan - kawan je bace. Terima kasih ! Aku nak juga meluahkan dan mencatatkan apa sahaja yang berkaitan, nanti dah tua dah ada anak cucu cicit boleh lah aku mengimbau kenangan lama kan ahahaha..

Lepas check in katil 26 tu, nurse kasi aku baju hijau. Uniform kateee kooo ahaks :P
Katil betul-betul sebelah pintu masuk tandas. Senang la aku nak ke tandas kan, tapi aku harap dapat katil tengah, ni dapat pulak katil tepi sekali. Hujung nya dah tingkap, aku memang penakut. keh3.
Macam-macam aku duk fikir, tapi kan ada tirai. Boleh la tutup malam kang !

Wad 6A ni bercampur lelaki dan perempuan, maksud aku kat ruang katil aku ada 6 katil. Semua tu perempuan la, tapi dari pintu masuk semuanya katil lelaki, cuci mataaaa gua cakap luuuu.. ekekekeke !!
Wad tu untuk yang bermasalah telinga, leher, idung dan tekak. Macam2 ragam penyakit la ada dalam tu.
Sebelah katil aku, perempuan melayu. Aida nama dia, baik. Dah kahwin, dia la kawan aku sepanjang aku dalam wad tu. EH! Ada lagi sorang, Syuhada. Perwatakan seperti tomboy sikit tapi pun baik dan dia la kawan borak aku kt situ, tapi 3 hari aku kat situ dia dah boleh keluar sebab dah selesai operation tonsil.  Aku pun asik join Aida TIDO. ahahahaha, sebab Si Aida ni sakit telinga macam aku tapi dia lagi teruk effect pening2 sampai nak berjalan pun susah! Alhamdulillah, sakit aku tak la teruk macam orang lain.

Mula-mula aku masuk, nurse pelatih tu check tekanan darah dan gula ! 
Tekanan darah 180/145
Gula 15
Ya, memang tinggi. Aku sendiri pun terkejut. Padahal, sehari harian aku minum air masak 3 liter. Mungkin makan nasi. Kan? Kesedihan la aku kat situ. Hari pertama doktor kemain ramai datang kat katil aku sebab aku terlalu muda katanya untuk aku ada darah tinggi dan kencing manis. Dipicit2 nya kaki tangan aku, tapi takde pun tanda kena kencing manis. Dibukaknya baju aku, perghh seb baek pakai Bra! Doktor perempuannn ok ahahaha. Aku macam malu, tapi dah sakit kita terpaksa redha. Doktor puas ati sebab dah check dan tanda2 kencing manis teruk tak ada. Gerun aku bila sampai disebutnya Insulin la, jadah la !

Bermula chapter aku mengenali ubat2 yang perlu aku ambil. Seumur hidup katenya? Tapi kita tak boleh bergantung pada ubat semata kan, mesti ada jalan lain untuk sembuh dari penyakit kita kan. Sejak masuk hospital, sebutir nasi aku tak sentuh. Aku hanya ambil sekeping  biskut dan sekeping roti gandum. Nak termuntah muntah makan, tapi aku paksa. Perut pun tak berapa nak lapar mungkin sebab takut kot.  Nasi dan lauk hospital x pernah aku usik, ade pun aku rasa sikit lauknya. TAWAR! hehehe di baginya aku garam peket kecil, suruh isi sendiri la kot. Tak daya aku nak makan dah.

Alhamdulillah, makin hari makin turun tekanan darah dan gula. Mak pesan, jangan angkat call dari opis! keh3... Memang, setiap kali suzi call aku cakap pasal kerja aku yang si MAKCIK tua tu bising2, tekanan darah aku jadi tinggi. So, dengan itu. Aku taknak dah angkat call dan fikir yang bukan2. Just happy kan diri sendiri je kat situ. Ada Tv tapi jauh, kena jalan melalui lelaki2 itew dan ke bilik istirehat. Masa tu kan tengah gila cerita Setia Hujung Nyawa. Aku pun join la sekali, nurse2 pelatih pun sama naik ngan aku penonton setia pukul 7 ekekek !

Jumaat malam, hari keempat aku dah mula rasa lapar dan happy sebab doktor cakap kalau ok sabtu esoknya aku dah boleh keluar. Husband Aida rajin datang, lepas balik kerja mesti dia datang. Malam tu, Aida belikan aku bihun goreng. Makan pun menyorok2, ehhhh entah pelik. kenapa pulak nak menyorok, nurse kat situ tak abis2 suruh aku makan. Sebab dorang tengok, pinggan aku tak pernah berusik, tskk tskk.. Kelakar bila ingat balik. Menyorok bagai kan! Uikss, bihun die sedap gile babai weh ! Aida cakap asben die beli kat restoran yang susur keluar dari Selayang Mall tu. Ingat lepas keluar aku nak pergi sana, tak menyempat weh! Kencing manis aku naek sket hihih.. Dari 5 jadi 6.7 sbb makan bihun tu kot ahaks! 

Yang merisau kan aku, 3 hari sebelum aku keluar doktor bagi 2 botol dia suruh aku kencing dalam botol tu. Berkenaan buah pinggang kalau tak silap aku, itu je yang merisau kan aku sekarang. Nanti bulan 4 aku ada appoinment doktor untuk buah pinggang.  Doakan aku yer mudah2 an semuanya selamat dan tiada apa yang buruk berlaku. Telinga aku pun dah elok. Syukur Alhamdulillah. Tinggal darah tinggi n kencing manis la aku kena control. Tapi, aku rasa aku tak boleh go on dengan ubat hospital ni. Sebelum ni, aku makan ikut time dan aturan dia. Hari2 kedua2 kaki aku membengkak. macam orang mengandung pulak. Aku decide makan sehari sekali. Malam2 tido aku tinggi kan kaki letak atas bantal. kurang la bengkaknya. Aku try pulak tak makan ubat. Haihhhh kempis je kaki aku. tapi tak boleh jugak kan kalau tak makan ubat!

Happy! Dalam masa yang sama rasa sedih pulak nak tinggalkan kawan kat hospital tu kan. Nasib Aida sekepala ngan aku. Time nak tido, masing2 takut.  Ada tirai antara katil aku ngan dia dililitnya tirai tu supaya aku boleh nampak muka dia, die pun bole nampak muka aku. ahahahahaha.. kalau camtu takda lah takut kan hihi :P  Tapi die beruntung dapat suami yang baik, yang ada waktu susah dan senang. Nangis weh laki dia sebab aida tak kasi tido hospital. keh3.. So Sweet :) 

Keluar ja hospital, Kak Ina (kazen aku) mesej tanya kalau nak try urut dengan orang buta kat Pertama tu. Katanya, sebelum ni suaminya abg rahim pernah sakit telinga dan hampir kena minor strok dan dia pergi berurut dengan Abg Sidi (Owner ) tempat urut orang buta tu.  Mak aku cakap, takpe lah. Duit kita boleh carik, kita ikhtiar dulu mana tau kalau boleh elok atau kurangkan penyakit tu. Ok2, kite try ok :)

Nanti aku share pasal urutan orang buta tu yer.  :)

Jumaat, Februari 22, 2013

Aku Redhaaaa

29 Januari 2013

Jam 9 pagi aku dah bersiap nak ke Hospital Selayang semula, aku bergerak sendiri naik motor.  Abah ada tanya, nak ajak dia temankan ke? Tapi aku tak rasa Abah boleh bersabar sebab biasalah keadaan hospital, waktu menunggu je dah boleh masak 3 4 jenis lauk agaknya.  Dengan itu, lebih tenang kalau aku pergi sendiri. Kesian pulak nak tengok orang tua tu tertunggu tunggu aku pulak kan. Thanks Abah !

Permulaanya aku terus ke arah Klinik Kesihatan Selayang Baru, Allah. Jenuh sampai ke luar perbarisan hehe.  Aku gerak terus pergi Hospital Selayang, keadaan yang sama jugak ! Pergi ambil nombor, dekat 2 jam menunggu. Dalam pukul 1230 baru nombor aku dipanggil. Masuk lagi bilik saringan tu, misi lain pulak ada 2 orang.

"Sakit apa Dik?"
"Semalam saya datang sini, pasal sy sakit telinga. Doktor suruh datang untuk periksa dan cuci telinga"
"Alahai.... patutnya tak payah datang sini dik, terus je pergi ke Klinik Pakar blok sebelah"

Damn ! 2 jam lebih aku tunggu dan menahan sakit kat sini, itu je yang bole misi2 tu cakap?? Doktor telinga yang check aku tu pun terangkan lah aku terang2 apa aku perlu buat kan? pergi mane? Kad Appoinment pun dia tak kasi kat aku. Sorang2 menahan sakit dan menahan GERAM!

Dah sampai ke Klinik Pakar, memang nak menangis lagi la kekdahnya !
Mana tak nya, tadi dah lama menunggu. Ini mesti kena tunggu lagi. Aku pergi daftar dan diberi kad appoinment. Dasar ! beratus lagi nak sampai ke nombor aku.
Duduk disebelah lelaki berbangsa cina, lehernya bertampal. Gerun pulak, apa agaknya sakit nya kan. Tak hirau dah, tudung senget ke muka sememeh ke, yang aku tau pegang telinga kiri dan menangis! Kelakar bila kenang balik. Sakit punya pasal kan.

Dah pukul 130, hati tergerak. Doktor cakap nak cuci je kan, baik aku pergi klinik kerajaan. Kan bukak tengahari pukul 2. Tak tunggu lama, terus gerak. Mampus ! TInggalkan je kad appoinment tu kat spital tu. Agak2 boleh cuci dan ok, aku balik je rumah terus karang!
Sampai klinik kesihatan, Alhamdulillah. Ada dalam 5 6 orang je tunggu so dapatlah nombor yang awal2.
Sampai turn, doktor cina yang bertugas. Macam biasa, borak2 dan cerita segala perihal aku, dia suruh ke bilik 8. Datang pulak 2 orang jejaka, aduh ! Sakit pulak ati kita kan. Belasah je la kan, takda nak cover cun ke ape, yang aku tau TELINGA aku niii haaaaaa grrrrrrr !

"Awak, sy rasa tak boleh cuci ni. Bengkak dan dalam tu sy tak nampak" sambil dirodok nye alat nak tengok lobang telinga aku tu.
"buat lah macam mane pun, sy redhaaaaaaa !" ayat cam hareeeemmmm...

Udah dicuci, disembur air aku pergi balik bilik doktor tu. Ciss, dia macam tak berani nak kasi aku ubat ke apa. Dia suruh aku balik ke hospital. Check balik kat Klinik Pakar tu sebab telinga aku bengkak! Lubang telinga tu dah tertutup langsung. sekali lagi aku harung ke hospital selayang. Berdebar! Nombor aku dah lepas ke ekkkk! Sampai je terus aku bergegas ke tempat tadi. perggghhhh ! Betul2 kat Skrin tu terpampang nombo giliran aku 3015. Alhamdulillah.

Aku masuk bilik ikut nombor yang tertera kat skrin tadi, harap2 Doktor Fiza yang baik tu. Masuk je, nampak doktor tu. Syukur ! Dia baik ! dan die comel ! walaupon sy geram dengan dia sebab dia tak kasi kad appoinment. pffftttt !

"Aziela, sy ingatkan awak dah balik tadik"
"Sorry doctor, sy keluar kejap" ngeeeeeee, puihhhhh padahal dah ke laut mana aku pergi tadik.
"Jom, kite pergi check telinga"

Aku dibawa ke 1 bilik, yang ada beberapa orang nurse yang sibuk berborak tentang galaxy note milik salah seorang daripada dorang tu. Pelik ! tak bizi ke dorang ni. ahahahahhaha
Disuruh nya baring dan diselimutkan. Berdebar ! Jantung kemain bergerak! Dihalanya macam teleskop betul2 kat lobang telinga.

"Ya Allah, aziela. Semalam saya boleh lagi tengok dalam telinga awak ni. Tapi harini dah tertutup abis"
Terdiammmmmmmmm.. Hanya Allah yang tau betapa beratnya telinga mendengar.

Datang seorang doktor lelaki. Rendah2 je orang nya dan smart! Datang dekat sikit kat telinga aku dan cakap  . "ADMIT"
Lancar je perkataan tu keluar dari  mulut dia, aku redhaaaaaaaaaaa lagi tskk tskkk..

Dah ambik segala kertas dari doktor tu, aku pergi je daftar sendiri. Alahai kesiannya budak ni, takde sape2 ke yang teman die ekkkkk.. hihihihihihi
Dah settle daftar, call Abah. Nak dikabo kan berita gumbira itu kan. Ahaks
Meleleh air mata, air idung, air telinga segala air la kuar wehhh ! Apak aku tu, bukan boleh dengar orang sedih ! Suara dia pun dah sedey heheheehe. Kat Hospital selayang ni, Daftar pastu kena bayar deposit RM30 ye kawan2. Senang kan, nanti tolak je la bila dah keluar nanti.

Naik la insan tekanan darah tinggi ini ke wad 6A seorang diri.  Menyerah diri uols !
Sambung lagi nanti. Nak beristirehat gitew ! ahahahahhahaa

Khamis, Februari 21, 2013

Terhapus Dosa Kecil

Dah lama tak menulis, ikut hati geram nak menaip tapi sikap malas tu mengatasi segalanya kan. ha ha
Sekejap je, masa berlalu.  Tak sempat nak bercerita perihal januari dah masuk bulan febuari, mana ada hari nak tunggu kita kan? hari berlalu dengan tenang tanpa peduli kita hadapi gembira, sedih dan sebagainya.  Macam aku jugak, tahun baru tiada perkabaran gembira.  Hanya melalui detik itu seperti hari2 biasa dan berazam seperti orang lain untuk menjadi yang terbaik untuk tahun 2013.

28 Januari 2013
Beberapa hari sebelum tanggal itu, telinga belah kiri mula rasa berdenyut. Tak silap hari jumaat, tapi jadi tegar dengan menahan kesakitan.
" Tak teruk lagi" desis hati.
Ingat sakit telinga macam 3 tahun dulu, hanya titik kan ubat telinga abah, 2 titik mengikut yang tertulis kat botol tu. Hari Isnin, kebetulan orang cuti Thaipussam, mana lah klinik kerajaan bukak. Aku gegas bawak motor pergi Hospital Selayang, dalam hati takut gile sebab kenangkan tekanan darah aku masih lagi tak berapa nak stabil.

Tunggu punya lama, nasib berteman.  Aku masuk bilik yang ada seorang jururawat agak berumur.  Mula bertanya macam2.
"Sakit apa ni Dik?" 
Aku agak gementar, mana nak cerita sakit telinga. Mana lagi nak tahan sakit, segalanya rasa sakit masa tu.
"Telinga saya ni kak, belah kiri. Berdenyut2 dan saya tak dengar. macam tersumbat camtu"

Cepat2 misi senseng lengan baju aku, nak check tekanan darah. Ok, aku redha. Memang disini aku akan "kantoi".  Ya Allah, jangan la ape2 jadi.
Aku tenang, tapi tetap nak turunkan tekanan darah aku. Beberapa minit, sorang lagi nurse datang dan bawa aku ke kecemasan. Lagi bertambah cemas la kan. Check lagi tekanan, dan masih tinggi. Sangat tinggi !

Aku cuba rileks, sambil nurse baru itu tunjuk aku katil sementara untuk aku berehat dan diberi ubat.
"Adik, adik rehat kat sini. Sampai tekanan darah adik turun, kalau teruk terpaksa lah kena tahan wad ye"
Aku cuba lagi rileks, sebab tak nak kena tahan wad. Disuruhnya aku kencing dalam botol kecik.  Ikut tanpa bantahan. Tangan belah kiri dicucuk jarum untuk dimasukkan ubat. Ada lah 2 3 jenis ubat. Lega ! Ubat tahan sakit kot. Telinga dah bertenang, kalau tak asek duk bertendang ha ha.

Gelisah, baru nak lelapkan mata aku dengar suara raungan.  Sangat kuat! sebelum aku sampai kat katil kecemasan tu, memang aku ada nampak 1 bilik besar menempatkan kanak2 dan orang dewasa yang bertutup mulut pakai oksigen tu. (Asthma lerrr tu hihih), aku agak suara raungan tu datang dari bilik tu tapi suara sangat nyaring seolah menahan kesakitan yang amat. Allah ! Ini kan kecemasan, laluan untuk orang2 yang accident jugak. Dan tu jugak aku rasa kepala pening, gila pening. bercampur dgn ubat si doktor tu cucuk kt jarum tangan aku td. AH! Lantak, dah la aku tidur berdengkur ! ehehehehe. Aku terlelap masa masih berdebar dengar suara orang meraung tu. Mudah2an orang tu selamat kan. Amin.

Bermacam keadaan aku nampak, seumur hidup tak pernah kena tahan di hospital. Pernah jugak lah menjaga adik aku eksiden, itu pun dah berapa tahun lepas. Dalam 4 jam kena tahan, aku dibenarkan balik. Doktor telinga tu cakap, hari tu klinik pakar tutup jadi tak dapatlah kita nak tengok apa masalah kat telinga aku tu. Dia suruh datang balik keesokkan harinya. Hari Selasa, 29 Januari 2013.

Ya, masalah aku belum selesai. Sakit menderu2 datang tapi aku bersyukur. Alhamdulillah, hapus dosa2 kecil ku.

Jumaat, November 23, 2012

PETUA TURUNKAN DARAH TINGGI

Kebelakangan ni penyakit darah tinggi acik makin melampau. Nak kata tak jaga pemakanan pun tak jugak.  Masa minum susu Alpha Lipid SDII tu darah tinggi terkawal, sejak berhenti minum, ada la sakit sikit2.. Bila lah dapat beli susu lagi heheheeh..Kena kerja kuat sikit la br leh naik pangkat income ribu2 kan. Amboi..

Ok, berbalik dengan penyakit darah tinggi ni kan bahaya. Acik memang la takut. Tapi nak buat camne, macam dah sebati pulak dengan badan. Punca darah tinggi ni bukan sebab keturunan sebab mak ayah takde pun darah tinggi, Mulanya acik makan jamu bernama LASMI. nak kurus sangat kan. Amek kauuuuu.. Pas makan jamu tu sakit2 kepala, badan pinggang sakit. bile pergi klinik bacaan tekanan darah tinggi gile oihhhh.. semenjak tu acik berhenti. Tapi darah tinggi still ada.

Hati2 ye korang, kalau ambik sebarang jamu ni. Acik dah serik. nak kurus biarlah kita cari produk yg betul2 baik atau pun diet secara sihat je.. Lambat pun takpa, janji berkesan dan selamat. 

Hari jumaat lepas, acik kena semput. MasyaAllah, tak menahan. Niat hati nak pergi beli ubat je, adik ajak pergi klinik 1 malaysia. Dalam hati, jangan la doktor ni check tekanan darah aku. Masuk2 je, menatang tu jugak dihulurkan kat acik. camno??? Nak lari pun dah tak sempat uolsss... Hulur tangan je la, mengucap panjang makcik tuuuuu.. Bacaan malam tu 194/146. Dengan Acik skali ternganga, Ya Allah. Ape nak jadi lepas ni. So Die kasi rehat Setengah jam, acik dah nk menangis dah. Mintak keluar, keluar sebelah kedai mamak. Apo laieeee.. order air limau 5 biji tak nak gula, check lagi skali turuunn sikit jeeee.. kuangjaaa betol hahahahaha.

Pergi bilik sebelah, jumpa pembantu doktor ensem. ewah! dibelek2 nye tangan , makcik nurse tadi datang pastu cakap. "adik, kalau ada masalah luahkan je kt makcik, jangan simpan2 tu sebab darah ni tinggi sangat" . ermmmmm kadang2 ada benarnye tu.. sebab kalau kita tekanan pn akan menyebabkan tekanan darah kite tinggi uolssss! Ape lagiiiii, aku dah sebak2 dah tengok mamat tu tulis surat pergi hospital. Siap pesan, mandi siap2, makan kenyang2! ohhh nak tipu aku yer.. cakap takyah masuk wad. tapi aku tauuu.. mesti kena tahan wad punyaaaaa.. aku mengiyakan je.. 

Balik2 mak abah dah standby kalau aku memang  beriya nak pergi hospital.. Hoiiiihhhhh MEMANG TAKKKK LAA aku nak pergi menyembah ke hospital selayang tu. Mintak jasabaik mak, kite ikhtiar dulu camne nak kurangkan tekanan ni.. Esoknye, aku tak tunggu dah. pergi beli barang2 kat bawah ni. Pakcik belah mak pernah bagi PETUA untuk turunkan tekanan darah kita. Sebab die pun ada darah tinggi.

BAHAN-BAHAN NYE ADALAH : 

Carrot 


Belimbing

Epal Hijau

Camni.... kalau darah korang tu TINGGI gila buat macam acik :
1. Epal Hijau - 4 biji
2. Carrot - 2 biji
3.Belimbing - 3 biji

BAsuh bersih2 semua buahbuahan tu. Potong kecik2 dan BLENDER. Jangan letak GULA okeh?! Tak payah letak gula.. Lepas Blender TAPIS. pastu letakkan la dalam botol, kalau banyak wat simpanan pun takpe... Letak dalam petiais.. Sejuk2 lagi sedap minum.. SEHARIAN tu, acik melantak air tuuuuu ajeeeee...
Alhamdulillah... 3 4 hari camtu.. Tekanan makin turun.. Syukur. Sakit2 kepala dah tak adaaaa...

Cuma kena jaga pemakanan jugak la kan. Jangan makan benda berminyak. WEh, siap aku gi restoran ke kedai makan acik paksa org kedai tu buat air jussss camtu ahahahaha.. Mendapat budak kedai tu jenuh nak blender! Customer always right kannn. katenyerrr ehek3..

Bila cerita2 kat budak opis, ada akak ni apak die lagi teruk darah tinggi. die pun ikut petua acik ni. Minum jus TERBAEKKK ni.. Dah ok sket, tapi sebab terlampau tinggi, dia beli ubat MINUMAN RAJA HERBA ada orang suggest kan. Die beli kat Kedai JAMU. 


 Ni la dia bentuk rupa Minuman RAJA HERBA 

Harga Dia kat kedai JAMU tu RM30 je.. Acik pun dah try Alhamdulillah juga, Maintain 130/80 camtu. Syukur Alhamdulillahhhh... MAkin sihat.. Makin CUN. Ehhhhh perasannn lak ngeh3...

Korang.. Cepat2 cuba yer.. Insyaallah dengan izin ALLAH.. Kita semua akan sihat hendaknya..

Khamis, November 22, 2012

DIET ATKINS - JOM BERDIET SECARA SIHAT


Diet Atkins lebihkan sumber Protien daripada karbohidrat.Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.


Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api.
Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan.
Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda.
4 peringkatnya ialah:1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


Semasa 2 Minggu Induction:

 1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)


Makan Tengahari / Malam

1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = KarbohidratJangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.


Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.


Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.


Contoh Menu Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat0.2 - 1 gram karbohidrat- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.


Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.


Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.
Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!
Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.


Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.


Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.


TIPS !

1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast foodMcDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.Pilih salad sekali.KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.


Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan.


Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.


Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.


Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.


Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.


Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.


Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gulaHentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.


Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.


SELAMAT BERDIET KORANG... acik pun nak try neh!! kuatkan azam ko labucheeeee!!! ekekekekee

Kek Si Bobot dan Alkisah Susu Alpha Lipid SDII


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Korangggg :)

Lama sesangat dah ni tak update belog kesayangan ni..
Kekangan masa yang tidak mengizin kan agaknya hehehehe

Banyak perkara gembira, sedih, suka, duka, bahagia yang acik nak corat coret kan tapi tunggu la
bile ada kesempatan.
Punya lah malas nak transfer gamba ke ape.. yela laptop kat rumah dah rosak, mengharap apo yang adooo yo tak? ngeh3..

Nak tayang gamba sendiri pun malas korang. Gamba sume dalam enset. Eleh, macam la ade orang nk tengok gamba kau tu labuchee oiii!
Hehehee.. tak de pe lah kan saje memperasan kan diri.. Almaklum la pengguna ALPHA LIPID SD II mestilah nak tayanggggg gamba sekarang kan.
Haaaaa.. Pasal Susu Alpha Lipid SDII pn acik tak sempat nak uar2 kan..
Alhamdulillah, guna 2 tin dah turun 8 kg :) iyeeerrr 8 kg Korangggggggg.

 Kalau korang tetiba terbaca Belog acik dan nak cuba Alpha Lipid SDII ni roger acik k...
Harga murah2 acik kasi, muge kite same2 cantik, kurusss dan sihat.!!!
Acik jual 1 tin RM155 Sahaja. Beli banyak lagi, acik kasi murah laaagiii yer...
Siap ada free SHAKER lg.. hehehee :)
Pape roger Acik ye ZIELA 0172487894

Insyaallah bile berkesempatan acik wat entry pasal Susu Alpha Lipid SDII ni yer..
Terangkan dengan lebey lanjutttt...


Berbalik pada tajuk kek si Bobot tadikkkkkk :)
Dah lama, baru nak ceritaa kan.. Kepoh je haahhaaaha
Alkisahnya masa Bulan july arijadi si Bobot.  Masa tarikh tersebut acik sengkek sket. kasihannn ye dakkk..
So lambat sikit la nak kasi hadiah heheehe, mase ni acik br nak berbaik2 semula dengan dia. Ala, baik gitu2 aje beb.. Hehehe..

Dah ini takdirnya, kita hanya serasi berkawan. So, kite kasi kawan la... Jenuhnya masyaallah cari orang yang boleh buat dan hantar kek ke rumah area LUKUT.. Search punye search takdo.. Hongeh acik dan hampa..
Tapi carik jugak, dan try tanya akak2 yg bisnes kek area tu. Yela, hanya nak tengok mereka sume gembira.. SUpriseee!!! hehehehee....

Alhamdulillah jumpa jugak sorang akak yg baik hati.. Memang the best la! Name dia KAK TINI, x silap die ada page kt fb pasal kek die tapiii buleh plakkkk acik lupeee... Nah nombo tipon die 018-3819004.. Akak tini dan suami memang sporting.. Sanggup sempurnakan impian acik ni ewahhhhh! ngeh3

Acik order pagi... Dan akak tini cakap boleh hantar pas isyak, x kisah la.. janji akak hantar haritu jugak kan.. alalalalallala.... Harga pun berbaloi dan sedap dorang cakap laaa... RM80 je..
Design pn akak tini yg reka.. amboi.. akak, macam nk bg sy sentap je letak luv2 ni.. hehehehhee

Dah malam sikit, akak tu mesej.. die cakap.. "akak dah jumpe si bobot awak tu"... Tomeiii kan kakkkkk agagaggagaa... Si bobot pun cakap kek tu sedap.. Die tanya kenapa susah2 wat suprised sebab die pun tak ingat besday acik bile.. Sengal! saje kasi aku sentap ahahahaha!!

Takpela, sebab memang dah niat nak bg sesuatu.. Dah tak sempat nak sambut besday sebagai ehem2.. kite sambutlah sebagai kawan.. ye taakkkk??? tak baik kite bermusuh sesama islam kan.. Mudah2 an hubungan kekeluargaan antara kita kekal hingga ke syurga.. Aminnnnnnn...

Oiiii3.. Besday kite 4 april.... Sila kasi adiahhh!! aekekekekeke

Rabu, Ogos 29, 2012

Muga Tabah

http://abil4fauziah.blogspot.com

Muge Allah memberi balasan untuk segala pengorbanan Abg Abil untuk Kak Gee..
Sedeynye bace kisah dorangggg..

Koranggg.. tunggu pe lg???? PI Klik Cepattsss

Muga Tabah

Assalamualaikum..
Haaaa... Nampak2.. Di bulan syawal ni sempat lagi Acik nak mintak ampun Mahap kt korang kan? ahahhahaa... Harap diampun ye kalau ada salah silap.. Acik tak sedar uolsss ekekkee :)

Sememang nye takde rasa nak update lagi tapi tadi jalan2 terbaca kisah abg ABIL dan Isterinye Kak Gee.
Ya Allah... Berdebar gile jantung, airmata duk takung la kt tepi mata. Tapi bila baca Belog Abg Abil, gelihati pn ada jugak. Pandai Abg Abil bercerita. Rasa dekat je kak gee n A.Abil di hati acik ecececeeeeeehh :))

Meh la koranggggg.. Baca Gak tauuuuuu...
Insyaallah, jika ada rezeki jom la kite hulur2 kan bantuan sikit ye..
Doa sy semuga Kak Gee sembuh cpt, muge berbahagia dunia akhirat.
Takpe A.Abil, pahala dan ganjaran disana dah menanti A.Abil insyaallah..

Muga Bakal Suami acik pun berhati mulia cam A.Abil ni.. Aminnnnn
Susah senang diharungi bersama.. :)

Meh sini Klik BELOG Abang Abil ni :
http://abil4fauziah.blogspot.com


P/s : Doakan mereka kawan2.. :)

Jumaat, Mac 02, 2012

Awak tak EMO la KAWAN

Hai Kawan..
Kawan kalau awk bace belog kite mesti awak tau kite cakap pasal ape.
Tadi kite tengok belog awk dan awak cakap kawan2 awak cakap awk EMO ye?
Menurut awk, itu cara awak. Kite faham, betul jugak ape awk cakap tu. Kita masing2 ada cara sendiri untuk selesaikan masalah kita dan tenangkan fikiran kite sendiri. Secara diam dan menyendiri, dari menyusahkan orang lagi parah kan?

Kawan,
Kite dah lama kenal ade la dalam nak dekat 6 tahun kan?
Macam2 cerita, kisah dan pengalaman yang kita sama2 tempuh.
Walaupun kita bukan bersahabat baik kita tetap kawan. kan?
Kita pun macam awak gak, selalu ada masalah dengan "hati"...
Kadang2 kan kita rasa kesian sangat kat awk, Alhamdulillah sekarang ni kite tengok awk makin berubah. Syukur sangat!
Awk sebenar nya "gembira" dalam sedih kan?
Awk tunjuk kat kawan2 yang awk heppy gile, tp kita tengok muka awak...
Ada seribu kekusutan, kite agak je la. Kalu idak, mahaaaappp la ye hehehe.

Awk,
Awk memang kawan yang baik.
Leh masuk kepala la orang cakap ngeh3..
Sabar la ek, sume masalah dan ujian ALLAH kasi tu untuk kita untuk kita lebih dekat padaNya.
Supaya kita jadi lebih tabah untuk hadapi liku2 hidup ni insyaALLAH.

Baru sat ni,
Kite tengok awak dah deactived Pesbuk..
Jangan ilang lame2 tau..
Arijadi kite bln depan nanti kat sape kita nak paw kek! Bleh? ahahhahahahha
Awak kuat! Awak leh hadapi sume masalah tu.
Kawan2 awk sume sayang awk, percayalah! Kansss uols? ahahaaahha

EMO,
Orang pn cakap kite emo!
Dulu2 kite asek clash ngan bf2 kite pn sebab dorang cakap kita kuat EMO!
Eh.. Lantak la kan, kite pnye suke la nak EMO kui3...
Tapi sekarang, kite cuba tak nak emo2. Penat nak sedey2 :)
Hehehehehehhe...

Kawan,
Kite nak balik dah ni.
Nanti kite jumpe lagi k.
Cepat2 la open balik Pesbuk tu ok :)
Kite kena hadapi sume masalah kite dengan senyuman!
Ingat ALLAH beri kite dugaan dan Ujian sebab Allah ingat dan Sayang pada kite kan kan?
Awak sayang die? dan mau bersamanya ke Jannah?
InsyaALLAH.. kite same2 doa yang terbaik!
Kite sentiasa DOA untuk kebahagiaan Kawan2 kite!

ps : Sama2 kite mencari redha ILLAHI. insyaALLAH.

Ingat Mengingati

Belog Labuchee adalah tempat acik mengadu domba segala kegiatan acik, sekadar menghiburkan hati sendiri dan menjadi tempat mengimbau kenangan silam.eceh!Maka dengan itu, segala apa yang tercatat di belog ini adalah dari lubuk hati acik. tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih berpijak di bumi yang nyata mahupun sudah tiada ya ya ya. Selain itu, entry2 yang ditulis kadangkala dikarang oleh acik pada waktu malam dan diauto publishkan ikut sesuka hati acik waktu dan tarikhnya. Ia adalah bukan pada waktu pejabat (ewah.....). Uols dibenarkan berkongsi entry jika berguna la ye, dan diharapkan dapatlah dikreditkan ke Labuchee. hehehe. Sebarang kecurian yang berlaku di belog ini, penulis tidak akan teragak2 untuk belasah korang! aci tak?Harap maklum. Bersamalah kita mengeratkan silaturrahim. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini