Khamis, Februari 21, 2013

Terhapus Dosa Kecil

Dah lama tak menulis, ikut hati geram nak menaip tapi sikap malas tu mengatasi segalanya kan. ha ha
Sekejap je, masa berlalu.  Tak sempat nak bercerita perihal januari dah masuk bulan febuari, mana ada hari nak tunggu kita kan? hari berlalu dengan tenang tanpa peduli kita hadapi gembira, sedih dan sebagainya.  Macam aku jugak, tahun baru tiada perkabaran gembira.  Hanya melalui detik itu seperti hari2 biasa dan berazam seperti orang lain untuk menjadi yang terbaik untuk tahun 2013.

28 Januari 2013
Beberapa hari sebelum tanggal itu, telinga belah kiri mula rasa berdenyut. Tak silap hari jumaat, tapi jadi tegar dengan menahan kesakitan.
" Tak teruk lagi" desis hati.
Ingat sakit telinga macam 3 tahun dulu, hanya titik kan ubat telinga abah, 2 titik mengikut yang tertulis kat botol tu. Hari Isnin, kebetulan orang cuti Thaipussam, mana lah klinik kerajaan bukak. Aku gegas bawak motor pergi Hospital Selayang, dalam hati takut gile sebab kenangkan tekanan darah aku masih lagi tak berapa nak stabil.

Tunggu punya lama, nasib berteman.  Aku masuk bilik yang ada seorang jururawat agak berumur.  Mula bertanya macam2.
"Sakit apa ni Dik?" 
Aku agak gementar, mana nak cerita sakit telinga. Mana lagi nak tahan sakit, segalanya rasa sakit masa tu.
"Telinga saya ni kak, belah kiri. Berdenyut2 dan saya tak dengar. macam tersumbat camtu"

Cepat2 misi senseng lengan baju aku, nak check tekanan darah. Ok, aku redha. Memang disini aku akan "kantoi".  Ya Allah, jangan la ape2 jadi.
Aku tenang, tapi tetap nak turunkan tekanan darah aku. Beberapa minit, sorang lagi nurse datang dan bawa aku ke kecemasan. Lagi bertambah cemas la kan. Check lagi tekanan, dan masih tinggi. Sangat tinggi !

Aku cuba rileks, sambil nurse baru itu tunjuk aku katil sementara untuk aku berehat dan diberi ubat.
"Adik, adik rehat kat sini. Sampai tekanan darah adik turun, kalau teruk terpaksa lah kena tahan wad ye"
Aku cuba lagi rileks, sebab tak nak kena tahan wad. Disuruhnya aku kencing dalam botol kecik.  Ikut tanpa bantahan. Tangan belah kiri dicucuk jarum untuk dimasukkan ubat. Ada lah 2 3 jenis ubat. Lega ! Ubat tahan sakit kot. Telinga dah bertenang, kalau tak asek duk bertendang ha ha.

Gelisah, baru nak lelapkan mata aku dengar suara raungan.  Sangat kuat! sebelum aku sampai kat katil kecemasan tu, memang aku ada nampak 1 bilik besar menempatkan kanak2 dan orang dewasa yang bertutup mulut pakai oksigen tu. (Asthma lerrr tu hihih), aku agak suara raungan tu datang dari bilik tu tapi suara sangat nyaring seolah menahan kesakitan yang amat. Allah ! Ini kan kecemasan, laluan untuk orang2 yang accident jugak. Dan tu jugak aku rasa kepala pening, gila pening. bercampur dgn ubat si doktor tu cucuk kt jarum tangan aku td. AH! Lantak, dah la aku tidur berdengkur ! ehehehehe. Aku terlelap masa masih berdebar dengar suara orang meraung tu. Mudah2an orang tu selamat kan. Amin.

Bermacam keadaan aku nampak, seumur hidup tak pernah kena tahan di hospital. Pernah jugak lah menjaga adik aku eksiden, itu pun dah berapa tahun lepas. Dalam 4 jam kena tahan, aku dibenarkan balik. Doktor telinga tu cakap, hari tu klinik pakar tutup jadi tak dapatlah kita nak tengok apa masalah kat telinga aku tu. Dia suruh datang balik keesokkan harinya. Hari Selasa, 29 Januari 2013.

Ya, masalah aku belum selesai. Sakit menderu2 datang tapi aku bersyukur. Alhamdulillah, hapus dosa2 kecil ku.

2 ulasan:

  1. Semoga cepat sembuh ye kawan!
    Jom follow blog aku jom http://masamanispedas.blogspot.com (^__^)

    BalasPadam

cayang labuchee:)

Ingat Mengingati

Belog Labuchee adalah tempat acik mengadu domba segala kegiatan acik, sekadar menghiburkan hati sendiri dan menjadi tempat mengimbau kenangan silam.eceh!Maka dengan itu, segala apa yang tercatat di belog ini adalah dari lubuk hati acik. tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih berpijak di bumi yang nyata mahupun sudah tiada ya ya ya. Selain itu, entry2 yang ditulis kadangkala dikarang oleh acik pada waktu malam dan diauto publishkan ikut sesuka hati acik waktu dan tarikhnya. Ia adalah bukan pada waktu pejabat (ewah.....). Uols dibenarkan berkongsi entry jika berguna la ye, dan diharapkan dapatlah dikreditkan ke Labuchee. hehehe. Sebarang kecurian yang berlaku di belog ini, penulis tidak akan teragak2 untuk belasah korang! aci tak?Harap maklum. Bersamalah kita mengeratkan silaturrahim. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini