Jumaat, Februari 22, 2013

Aku Redhaaaa

29 Januari 2013

Jam 9 pagi aku dah bersiap nak ke Hospital Selayang semula, aku bergerak sendiri naik motor.  Abah ada tanya, nak ajak dia temankan ke? Tapi aku tak rasa Abah boleh bersabar sebab biasalah keadaan hospital, waktu menunggu je dah boleh masak 3 4 jenis lauk agaknya.  Dengan itu, lebih tenang kalau aku pergi sendiri. Kesian pulak nak tengok orang tua tu tertunggu tunggu aku pulak kan. Thanks Abah !

Permulaanya aku terus ke arah Klinik Kesihatan Selayang Baru, Allah. Jenuh sampai ke luar perbarisan hehe.  Aku gerak terus pergi Hospital Selayang, keadaan yang sama jugak ! Pergi ambil nombor, dekat 2 jam menunggu. Dalam pukul 1230 baru nombor aku dipanggil. Masuk lagi bilik saringan tu, misi lain pulak ada 2 orang.

"Sakit apa Dik?"
"Semalam saya datang sini, pasal sy sakit telinga. Doktor suruh datang untuk periksa dan cuci telinga"
"Alahai.... patutnya tak payah datang sini dik, terus je pergi ke Klinik Pakar blok sebelah"

Damn ! 2 jam lebih aku tunggu dan menahan sakit kat sini, itu je yang bole misi2 tu cakap?? Doktor telinga yang check aku tu pun terangkan lah aku terang2 apa aku perlu buat kan? pergi mane? Kad Appoinment pun dia tak kasi kat aku. Sorang2 menahan sakit dan menahan GERAM!

Dah sampai ke Klinik Pakar, memang nak menangis lagi la kekdahnya !
Mana tak nya, tadi dah lama menunggu. Ini mesti kena tunggu lagi. Aku pergi daftar dan diberi kad appoinment. Dasar ! beratus lagi nak sampai ke nombor aku.
Duduk disebelah lelaki berbangsa cina, lehernya bertampal. Gerun pulak, apa agaknya sakit nya kan. Tak hirau dah, tudung senget ke muka sememeh ke, yang aku tau pegang telinga kiri dan menangis! Kelakar bila kenang balik. Sakit punya pasal kan.

Dah pukul 130, hati tergerak. Doktor cakap nak cuci je kan, baik aku pergi klinik kerajaan. Kan bukak tengahari pukul 2. Tak tunggu lama, terus gerak. Mampus ! TInggalkan je kad appoinment tu kat spital tu. Agak2 boleh cuci dan ok, aku balik je rumah terus karang!
Sampai klinik kesihatan, Alhamdulillah. Ada dalam 5 6 orang je tunggu so dapatlah nombor yang awal2.
Sampai turn, doktor cina yang bertugas. Macam biasa, borak2 dan cerita segala perihal aku, dia suruh ke bilik 8. Datang pulak 2 orang jejaka, aduh ! Sakit pulak ati kita kan. Belasah je la kan, takda nak cover cun ke ape, yang aku tau TELINGA aku niii haaaaaa grrrrrrr !

"Awak, sy rasa tak boleh cuci ni. Bengkak dan dalam tu sy tak nampak" sambil dirodok nye alat nak tengok lobang telinga aku tu.
"buat lah macam mane pun, sy redhaaaaaaa !" ayat cam hareeeemmmm...

Udah dicuci, disembur air aku pergi balik bilik doktor tu. Ciss, dia macam tak berani nak kasi aku ubat ke apa. Dia suruh aku balik ke hospital. Check balik kat Klinik Pakar tu sebab telinga aku bengkak! Lubang telinga tu dah tertutup langsung. sekali lagi aku harung ke hospital selayang. Berdebar! Nombor aku dah lepas ke ekkkk! Sampai je terus aku bergegas ke tempat tadi. perggghhhh ! Betul2 kat Skrin tu terpampang nombo giliran aku 3015. Alhamdulillah.

Aku masuk bilik ikut nombor yang tertera kat skrin tadi, harap2 Doktor Fiza yang baik tu. Masuk je, nampak doktor tu. Syukur ! Dia baik ! dan die comel ! walaupon sy geram dengan dia sebab dia tak kasi kad appoinment. pffftttt !

"Aziela, sy ingatkan awak dah balik tadik"
"Sorry doctor, sy keluar kejap" ngeeeeeee, puihhhhh padahal dah ke laut mana aku pergi tadik.
"Jom, kite pergi check telinga"

Aku dibawa ke 1 bilik, yang ada beberapa orang nurse yang sibuk berborak tentang galaxy note milik salah seorang daripada dorang tu. Pelik ! tak bizi ke dorang ni. ahahahahhaha
Disuruh nya baring dan diselimutkan. Berdebar ! Jantung kemain bergerak! Dihalanya macam teleskop betul2 kat lobang telinga.

"Ya Allah, aziela. Semalam saya boleh lagi tengok dalam telinga awak ni. Tapi harini dah tertutup abis"
Terdiammmmmmmmm.. Hanya Allah yang tau betapa beratnya telinga mendengar.

Datang seorang doktor lelaki. Rendah2 je orang nya dan smart! Datang dekat sikit kat telinga aku dan cakap  . "ADMIT"
Lancar je perkataan tu keluar dari  mulut dia, aku redhaaaaaaaaaaa lagi tskk tskkk..

Dah ambik segala kertas dari doktor tu, aku pergi je daftar sendiri. Alahai kesiannya budak ni, takde sape2 ke yang teman die ekkkkk.. hihihihihihi
Dah settle daftar, call Abah. Nak dikabo kan berita gumbira itu kan. Ahaks
Meleleh air mata, air idung, air telinga segala air la kuar wehhh ! Apak aku tu, bukan boleh dengar orang sedih ! Suara dia pun dah sedey heheheehe. Kat Hospital selayang ni, Daftar pastu kena bayar deposit RM30 ye kawan2. Senang kan, nanti tolak je la bila dah keluar nanti.

Naik la insan tekanan darah tinggi ini ke wad 6A seorang diri.  Menyerah diri uols !
Sambung lagi nanti. Nak beristirehat gitew ! ahahahahhahaa

3 ulasan:

  1. Zila, awak kat Hospital Selayang la ni?? Mcm mane tlinga tu?? Dokto da check da??

    BalasPadam
  2. Kite dah kuar dah linda..aritu jee 5 ari kena tahan hehehe...
    Telinga dah ok.. nnt kena gi check semula la.. thanks ek lynda :)

    BalasPadam
  3. Semoga lekas sembuh dan kembali kpd kehidupan spt sedia kala

    BalasPadam

cayang labuchee:)

Ingat Mengingati

Belog Labuchee adalah tempat acik mengadu domba segala kegiatan acik, sekadar menghiburkan hati sendiri dan menjadi tempat mengimbau kenangan silam.eceh!Maka dengan itu, segala apa yang tercatat di belog ini adalah dari lubuk hati acik. tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih berpijak di bumi yang nyata mahupun sudah tiada ya ya ya. Selain itu, entry2 yang ditulis kadangkala dikarang oleh acik pada waktu malam dan diauto publishkan ikut sesuka hati acik waktu dan tarikhnya. Ia adalah bukan pada waktu pejabat (ewah.....). Uols dibenarkan berkongsi entry jika berguna la ye, dan diharapkan dapatlah dikreditkan ke Labuchee. hehehe. Sebarang kecurian yang berlaku di belog ini, penulis tidak akan teragak2 untuk belasah korang! aci tak?Harap maklum. Bersamalah kita mengeratkan silaturrahim. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...