Facebook?
Uols ade fesbuk?bak kata org zmn skang... hehe
Mestila ada kan tak baek tipu woo...
Byk kebaikan ke keburukan?
Pandai2 la anda mencorakkan.....
Arini acik terbaca pulak post tentang angkara fesbuk ni..
Ape kes?
Berkenalan dalam fesbuk then berjumpa...
Pada yang sudah berpunya please la jangan la gedik2 nak kenalan sane kenalan sini,
pastu korang ajak2 jumpe, BOIPREN korng plak mengamuk,
Dibelasah nye la hamba Allah ni..
Puas ati koooo bedah?
Tengok org separuh mati sebab diri ko yg tak bape hot tu kan..
Ewah...emo berlipat kali ganda kau ni acik..
Korang baca la ek.. dan nilaikan.. :)
KUALA LUMPUR: Tiga beranak, seorang rakannya dan dua anggota polis yang cuba meleraikan satu pergaduhan dibelasah sekumpulan 50 lelaki di sebuah medan selera di Bandar Tun Razak, awal pagi kelmarin.
Kejadian dipercayai bermula apabila seorang jurujual, Mohd Farhan Othman, 20, meminta rakannya, Mohd Nazren Akmar Nazlan, 20, menemaninya untuk bertemu seorang wanita yang baru dikenali melalui laman sosial Facebook, kira-kira jam 2 pagi.
Mohd Farhan berkata, dia hanya beberapa kali berhubung dengan wanita berkenaan dan tidak pernah bertemu muka atau bercakap di telefon.
“Seperti dijanjikan, saya dan Nazren berjumpa dengan wanita terbabit yang dikenali sebagai Linda berusia 20-an. Saya yang memandu kereta kemudian mengarahkan Linda masuk ke dalam kereta tetapi wanita itu enggan sebaliknya mengajak kami minum di gerai berhampiran.

Lelaki malang... wahh stetmen.. sori dik..
Smuge ko cepat sembuh...
“Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki diketuai teman lelaki Linda yang bertindak mengepung medan selera berkenaan. Melihat perbuatan itu, Nazren cuba bertanya apa sebenarnya yang berlaku.
“Teman lelaki Linda kemudian menuduh kami menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada teman wanitanya sedangkan saya tidak tahu pun nombor telefon bimbit wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui.
Beliau berkata, dia meminta teman lelaki wanita terbabit menunjukkan bukti dan SMS lucah berkenaan.
“Bagaimanapun, mereka gagal menunjukkan bukti itu sebelum bertindak membelasah Nazren. Saya sempat mengelak sebelum bapa Nazren dan abangnya yang dimaklumkan kemungkinan berlaku pergaduhan tiba sebaik dihubungi,” katanya. Katanya, sebaik bapa Nazren dan abangnya tiba untuk membantu, mereka turut dibelasah kumpulan itu. Kali ini jumlah mereka yang terbabit membelasah mereka bertambah ramai kerana pekerja gerai makan di medan selera itu turut mengambil kesempatan.
“Pada masa sama dua anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan jenayah di kawasan itu cuba masuk campur untuk meleraikan pergaduhan itu sebaliknya mereka turut dibelasah.
“Bagaimanapun, anggota terbabit hanya cedera ringan. Semua lelaki terbabit sempat melarikan diri sebaik sebuah kereta peronda polis muncul untuk memberi bantuan,” katanya.
Sebaik semua lelaki itu melarikan diri, Nazren didapati mengalami pendarahan teruk di kepala dipercayai dihentak dengan objek keras dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
p/s : Uolsss...tolong jangan ngorat acik okeh kt pesbuk, koser nak jumpe2 pastu kena blasah nan chikaro2 uolss...eehehhe..lariksssss ke balai polis berhampiran :P
klaka betul. sume gara2 fesbuk je. x matang betul. LOL
BalasPadamai ayie...hehe
BalasPadamtula mmg x matang wat malu je an...
aahaha...dah macam tajuk entry aku da...(aku yg tiru kot....)hahahha...sengal betul..!!!pasal fesbuk je hampir pecah kepala tu...
BalasPadamyana..wakakaka mmg lawak kan,...fb ni aku ase byk keburukan la dr kebaikan..smpi berbunuh2 plak kan...gado2 plak hehehehee
BalasPadam