Rabu, Januari 12, 2011
Gambaran Hari Kiamat
Terpana sikit acik membaca post yang telah dishare oleh rakan di facebook td.
Berkongsi sesama kita kan,masyaallah.Takut, gerun,macam2 perasaan ada.
Uols baca la dulu ye... Kalau boleh share, kite share la ye..
Sama2 merasa insaf dan mudah2 an apa yang kita kongsi ni dapat merubah kita menjadi Hamba Allah yang soleh dan solehah. Amin.. :)
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha P erkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- P emimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. P ertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
i - Meringankan penderitaan makhluk di P adang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ii - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
iii - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
①Sedekah/amal jariahnya.
②Doa anak²nya yang soleh.
③Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi
Selasa, Januari 11, 2011
Party Ulangtahun Budiey.com ke 4 part 4
Udah sampai masanya kite menonton wayang. Cite hantu, hehhehe,, bukan hantu Kak Limah ok. :P
KHURAFAT..
Filem ini akan ditanyangkan pada 13 Januari iaitu Khamis ni la.
Kami diberi peluang menjadi penonton pertama meonton filem ini.
Wah tak sia2 kan kami join Party Ulangtahun Budiey.com ni..
Acik tau, mesti tema budiey.com menjanjikan yang terbaik untuk para pembacanya. ahaks :)
Beratur weh..beratur... Nak masuk sila beratur, kaki masing2 dah kekejangan tu. berdiri bapak lame kan, tak sabo nak duduk weh. ahhahahahaa :)Dr kiri, mummy, kak ernie(geng baru) , Lan, neena dan dak cun.( eh bkn ke??alaaaa..nak perasan sesikit takbley kuikui)
Sedia atau tidak kena tengok gak la cerita ni weh..
Party Ulangtahun Budiey.com ke 4 part 3
Jangan menyampah uols, nanti Allah tak sayang .. (insaff..)
Kiranya la kan, party kali ni memang the best sebab penglibatan ramai artis.
Pelakon2 Khurafat seperti Liyana Jasmay, Sabrina Ali, artis2 lain yang acik perasan la ek. Farina Af, Tom,Heliza Helmi, Ning Baizura, Isma Af,Tuah,Zizi,Halim OThman, Farawahidah, Altimate,Shaz,Arrora Salwa, eh macam2 la uols. Sangat best, terasa mcm artis plak. (tetibe..Sepak acik lelaju weh. ahahaha)
Paty Ulangtahun kali ni juga dibawa oleh Radio Suriafm, kalau tahun lepas pengacara adalah Ajib Murai.com tahun ni pengacara nye ialah Tuah Zulkarnain dan Zizi. Aduh, suwit je Tuah ni..Kire tak sombong la. Masa weols nak ambik gambar dia baru lepas makan. Secara sopan nye die cakap "kejap lagi ye" tak lama tu, dia pulak yang datang sendiri ckp "ok..bole ambik gamba sekarang. Haaa, kan bagus macam ni.Artis yang tidak meninggi diri, bkn saje disayangi kuarge uols.kesayangan feminat gituk!
Aduh, Abaikan ye muke selebet mebet acik tuh..Haish, entahla tak vouge langsung ahahahaa...Jauh berbeza dengan Kak farawahida yang sangat comel itu. hehehehee
Liyana Jasmay.. Uols, sangat Kurusssss saje weh LJ ni. Malu acik nak bergediks nan beliau. dan beliau sgt comel weh. Sangat ramah. :)Party Ulangtahun Budiey.com ke 4 part 2

Ni diantara hadiah untuk para pembaca, cabutan bertuah sume la. tu tengok siap ada hadiah untuk anugerah pembaca uols. Mcm pembaca setia, pasangan pembaca paling romantis, pembaca paling cool, paling peramah, paling malatop! wah ... Taun depan acik nak pulun pulekss uols :P Fuhh kiri, fuhh kanan.....
Goodies bag untuk pembaca,Selebriti,Vip macam2 lagi hoih..
Dan Abg ni ape ye name acik luper, memenangi Anugerah Pasangan Pembaca paling Romantis.
Party Ulangtahun Budiey.com ke 4 part 1
Wah, banyak sangat ke cerita pasrty sampai kena ada part2?
Banyak uols, baca lah sampai muntah. Tak muntah meh aku kasik muntak, gituk. :P
Camni cerita nye, pada 8 Januari 2011 bertempat di Cathay The Curve telah berlangsung nya Party Ulangtahun Blog Budiey.com, tak kenal? meh terjah SINI pasti kenal punyer.
Sobab eh dah join party mereka tahun lepas, maka dengan itu mane la boleh terlepas peluang kan untuk tahun ni.Tak aci la weh..
Sadis weh, saaat demi saat hari demi hari acik tunggu posting si budiey ni kat blog beliau. Nak tau macam mana nak juin party itu. Sekali saat acik MC dan tidak bermaya di rumah akibat sesak nafas tuan tanah telah post kan cara2 nye. Aduuhh...
Seb baek la ada si Neena Morelli tolong weh. Dia la dah hantar email dan mengatakan yg berminat nak berjimba bersama di party, Thanks beb! Wah, dah kira geng party budiey da haaa acik dengan dak Neena ni.
Hari yang dinanti dah tiba, da hallo2 dengan itu Mummy Sally. Janji nak pi same2. Ate gile kau , mane la acik tau jalan nak ke The Curve tu ngeh3...
Sampai2 tengok kat bawah kosong, sume dah macam gelabah.
Eh kite salah hari ke?
eh kite salah tempat ke?
dorang tak sampai lg ke?
laaaa...kite x dapat hepi ke?
Macam2 hal..Kan dah cakap di 2nd level. Kecoh tau anak2 hayam mummy sally ni miahahahahaaa :P

Banner Party Ulangtahun Budiey.com yang ke 4 :) Banyak betul penaja, ada dalam 30++ gituk, cayalah budiey, muge lebeh success yeh :)
Eceh, see...Name sape first ucap2 tu :PTak la yang first datang Abg Azlan, Kami kire second la pembaca yang hadir gituk :)
Eksited weh.. Ingat dah ramai gegilers :P

yeahh.. Itu saya, ceh poyo je kau acik.. Yela, sesekali enterprem. Eh asal aku nampak pendek pulak kt dalam ni?hish, abg kameraman nak kena belasah ke?tapi belasah manje2 je sbb abg ensem! LArikssss :P
Nampak ke acik tunjuk ape? 4 la, maksudnye 4 taun. hehehe
Tu semua acik dapat mase party tu. Baju Ulangtahun warna hijau,goodie bag macam2 ado,tiket wayang nonton Khurafat dan no bertuah 100 weh no acik!

Ni Neena Morelli. Geng Party acik uols..
Na,tahun depan siap sedia lagi okeh ahaksss :P

Ni la geng2 mak ayam yang tergopoh gapah mahu ke The Curve. Ecehhhh.....
Dari kiri Mummy Sally,Cik Fa,Cik La (eh...nak jugaaakkkkkk ahahaha) and Cik Na.. sambung gelak?Acik tampar kang, gagagagga :)
Mekaseh yeh Mummy dan Cik Fa sebab tunggu kami. Dan bersama2 berjimba. Kelasss uols :P
Seronok Gelak2 macam takde hala tuju. Ngeh2..
Bersambung Weh..... :P
Sabtu, Januari 08, 2011
Suwit betol...
Adoi, sangat suwit la bace itu blog.
Blog sape?
Blog Cik Girlfriend @ teman wanita @ marka @ aweks (hamboii.. byk naw..tp tuk sorang je ler.) Si Penjaga Gol yg Hot gituk..
Ish.. Acik suke uols.
Cam Romentik dan haih...tak terkate2 alangkah best nye kalau acik jua begitu..
Wah, melebeh kau ni acik..
Si Gemok kan romentik begitu..
Wachaaaaa.... Ngah sentap uols. Sampai ati kau gemok wat kite canni :( iklan jap
Ni kalau rajin gi ler singgah blog kekasih hati Si Khairul Fahmi ni, namanya Elia http://www.jejariruncing.blogspot.com/ Meletop uols,katenye selepas kemenangan Malaysia blog beliau mencanak2 org masuk.
Alhamdulillah rezeki kan dik oi..
Muge anda berdua bahgia hendaknye amin.
Eh eh..nnt kawen jemput acik bole??
Ala...bole la..Kan kite dah jadi kawan?tetibeeee...ahahahahahah
Nota noti : Safee sudah kawen weh.. Ok2,Acik ado Sabri Safee.. Pun jadilaaa.. :P
Rabu, Januari 05, 2011
“One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race“
Adoi, macam tak percaya pulak acik nak torai masuk "Maxis Om Nom Nom Race" ni haa..
Buleh ko acik kau ni?
Ececeh, ni ala2 Amazing Race la tapi berkaitan makanan.
Ofkos acik bole, tengok badan la..Sasa, kacak, comel, kiut semua la eh lupa penyayang masuk sekali dalam bakul (Lempang plzz.. )
Bila ni akan terjadi?
Date: 15 January 2011 (Saturday)
Venue: Modesto’s, Ground Floor, Capital Square, 7 Persiaran CapSquare 50100, Kuala Lumpur
Time: 8am-7pm (all participants must register before 9am)
Dress code: customized “The Maxis Om Nom Nom Race” T-shirts will be provided (please indicate your desired size in your blog post entry) (Acik nak saiz XL tauuuu..)
Buat pengetahun semua, Acik pernah memenangi dan Menjuarai Pertandingan makan sate yang terbanyak, selain itu jua menjadi Juara lagi dalam pertandingan makan nasi impit dan kuah kacang terbanyak. Haishh kalau nak cerita 8 hari 10 malam tak tentu habis.. Kesemua nya acik sapu bersih weh, Juara dan Juara. Menangis nangis semua peserta lain, Kasihan sungguh acik melihat nya. Tapi Acik tak angkuh la, rilek je orang kata sebab semua kejuaraan tuh acik dapat DALAM MIMPI! Mencik btol uols!
Jadi..... Kasik la chance kat acik weh masuk ini Maxis Om Nom Nom Race puhlez... ececeh.. :P
Tengok ler hadiahnye kalu menang : (Jgn juling2 mata tuh ..hehehe)
PRIZES:
There are 2 main prizes to be won. The 2 teams who earn the most points will win the following:
1st Prize: A trip to Hong Kong 3 days 2 nights with 5-star accommodation (for the winning team members of 4 pax) worth RM10,000- (And also 1 free smartphone each)
2nd Prize: 4 x free smartphone – 1 per winning member.
All 60 participants will be rewarded with Maxis goodie bags
Nak Geng nan sape kalau dapat ? : tak tau la...Sesape saje, kalau cakap nak geng dengan kakJemah atau KakPeej tentu2 nya tak dapat ahaksss :P
~ Seramai 60 orang Blogger yang akan menyertai race ini dan mereka akan dibahagikan kepada 15 kumpulan maknanya 1 kumpulan ada 4 org gituk.
~Setiap kumpulan akan dibekalkan iPhone 4, the Finder301 application and Wireless Broadband,semua menggunankan rangkaian maxis. (Pinjam la wehhh Iphone korang nak praktis.. poyo jap! ahaha) Meh Klik Sini weh.... http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8##
Best kan uols.
Mudah2 an dapatlah ye.Dapatlah kita bergumbira selain beramah mesra diantaran Blogger. Thanks Nuffnang and Maxis! :)
Nota Nom Nom : Berbekal kan KG berat badan, acik Link kan Post ini.. yehaaa :P
Selasa, Januari 04, 2011
Hantu Kak Limah Balik Rumah punye kes....
Meh cemolot sket..
Lame ngedik weh... tetibe...ahaha
Ok2, citenye begini...
Cecite...Ceciteeee..
Acik Udah le menengok cite Hantu Kak Limah balik rumah ni masa die baru kuar wayang ritu.
Si Gemok belanje..Belasah je la cik bedah oi...
Tapi memang tak rugi la kan, sangat best dan kelaka nak muntah org kate..
Org la kata, bukan acik okeh..
Tak duduk diam semua org, menggedik sakan..
Tak leh berehat ler gusi,gigi, mulot, mate, bontot uols. Golak aje.
So balik2 dari tengok wayang tu, acik da "ter cecite cecite" kt femili ler.
Makanya dengan itu, mereka sangat eksited..
Dan sehingga kini, menjadi sebutan uols..
Hari Ahad ritu pas balik kenduri kawen dan daftarkan Ika ke kelas komputer singgah ler Wangsa Walk dengan harapan nak bazir2 duet la kt panggung wayang tuh..sekalik tengok umangaih ramai bonar yang beratur, mcm frust2 sket tapi gigih uols beratur demi femili aahahha...
Sebab abah acik ni bukan senang2 nak ajak gi tengok wayang, idak le beliau melayan..aduh..
tapi kak limah punye pasal........ eksiteddd uols
Suruh ler adik acik si jaja beratur dan acik mengusha2 skrin yang kuar list cite2 tu sume kan..
Aduh.......Sadis nyeeee, tgk cerita Hantu Kak Limah semua FULL..
Berdukacitaa ler gamaknye kan..
Takde rezeki org cakap....
So dalam keta plan2 balik la bila nak tengok wayang, katenya hari sabtu..
Owh......tidakkk, acik kan dah Join Party Budiey.com sudah 4 tahun... ngeh2
Tapi takpe kalau mereka nak pergi tgk wayang, pergila...Acik kan dah tengok..
Tapi2 uols, acik coba google mane tau leh reserved dulu..
Yang adoooooo la weh....
Sabtu dan Ahad cerita Hantu Kak Limah tu dah Nan Adooooo.....
Kasihan deh....
Takpelah, DVD kuar nye, org beli yang original yeh yeh....
Masa tu kite tengok sampai muntah...
Leh feeling2 sket,leh baring2 depan tibi ahahahaha....
Tak Ingat la, hari ape mungkin raya haji kot..
Kat Astro Ria kuar beb cite Hantu Kak Limah, macam terkejut je an..
Cerita ye ceritaaa... Setengah jam camtu..
Cisssssssss, sampai kat part best bleh plak Nak tau kesudahannya??Sila ke pawagam berhampiran (Alaaa..camtu laa maksud die...ahahahaahaa)
Potong jambul betul laaaa......
Pape pn, Acik kasik 5 bintang dari 5 bintang la untuk cite ni...
Ehhh, ade jugak org yang cakap cite ni bosan, tak best....Mengantok, menyesal pergi tengok..
Weh, kalau cite ni tak best....
Ape jadahnyeee dah berjutaaaaa beb..
Byk panggung FULL....
Acik dan rakan2 sehingga mau tengok 2 3 kali..
Adooooo acik kesah?Kau ade??
Kannnnn..Angkat ko...
Haish, bukan ape...Kdg2 manusia ni bila bercakap tak pernah nk fikir hati org...
Mai umah org, pastu pum pang pum pang pasal diri ko..
Taik teling acik ni mencurah2 uols kuar..
Mengenang kan minah sekor ni..
Opsssss, Emo ko acik di tahun baru..
Dah2, sape tak tgk lagi..gi nengok cepat... :P
Nota Kak Limah : Enjet enjet semut... Sape sakit naik atasss (Naik segala bulu acik nyanyi lagu ni, sambil terngiang2 sore Kak Limah..Lariksssss!!)
Isnin, Januari 03, 2011
Tunangku Khairul Fahmi...
Tetibe kau acik jd tunang Khairul Fahmi..
Sory ek Elya.. hek2..
Saje nak melawak tengahari bute ni....
Weh.... Acik cume rasa kagum ke baca paper rini...
MU intai Khairul Fahmi..
Gile lah...Mudah2 an ye...
Malaysia Boleh.. :)
Ehem2....
Kalu ase nak lempang acik,sertakan la dgn felaaali ke fellelo loshee ke... miahahaa
Nota Rimau : Ehem2...Bang Safee.... Tetibeeeee, Lariksss!!!
Jumaat, Disember 31, 2010
Tahun Baru uolss
Ececeh.....tetibe kan. ye la ni kan hari terakhir kite menulis tarikh bagi tahun 2010
Esok dah tahun 2011 engko.....
Wah,anjak lg setahun umo kau acik....
yeahhh..acik dah besa...acik da besa (sambil lompat2 dan menyebabkan hampir runtuh bangunan opis..)
Acik ucapkan SELAMAT TAHUN BARU SUMEEEE.....
dan nak bagi tahu....
Arini ari jumaat, cuti sempena Piala Suzuki..
Tapi Acik keje..tp tak pe, cari rezeki kan...
Tahniah la ye...tahniah tuk sume...
Dan nak ucap lagi...
Selamat Pengantin Baru untuk salah seorang anggota SkyCrappers.. (ececeh, name team acik weh time skola dulu...jgn menjeles agagagaa)
Siti Nur Fairus dan pasangan Sham...
Akan diijabkabul pada hari esok, Sabtu..
Alhamdulillah..... Next...!
Acik nak makan free lagik.... :P
Semuga Kita Semua diberkati Allah swt.....
Nota Tulang keting : Jgn merempit uolss...Malam ni jangan nak duk suke naw sambut tahun baru ok...Jaga diri sume... :)


