Rabu, Mei 04, 2011

Sum Sum Valley, Janda Baik

Korang.
Cuti hari pekerja berjimba mane?
Meh nak share sikit tempat weols berjimba menikmati keindahan alam ni.

Sum Valley merupakan sebuah pusat rekreasi yang terletak di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang Darul makmur. Terletak kira-kira 30 Kilometer dari Bandaraya Kuala Lumpur.
Masa perjalanan dalam 45 minit, sekejap je. Dari umah Acik la, dari umah korang tak tau lak kan. ehehehe




Pemandangan dari atas, Tenang je kan. Pemandangan kampung la ni, Acik tak ada kampung jadi dapat mai sini pun dah merasai suasana pun okey la kan.



Diuruskan sepenuhnya oleh SSV Management & Services.

Mereka juga bersedia menyediakan
aktiviti–aktiviti berikut ;

* Perkhemahan
* Katering/ BBQ
* Hari Keluarga
* River/ Jungle Treking
* Majlis Keraian/ Perkahwinan
* Aktiviti Outdoor
* Lain-lain Aktiviti mengikut permintaan


Ini rumah Anggerik, RM20 seorang utk 1 malam. Murah kan? Ni kira kalau uols nak datang berkumpulan sini la boleh duduk.

Ini rumah Orkid, RM120 1 Malam, rumah ni ada tv, astro(boleh bawak kad sendiri) dapur, rice cooker dll, bilik ada 2. Sesuai untuk yang datang berkeluarga. Acik duduk rumah ni la, sejok weh memalam.

Ini rumah Anggerik. Berkembar, kalau ramai sangat ahli keluarga boleh la menginap di sini, ada 4 bilik dapur pn ada 2. Rm 160, 1 malam. Kalau ambik 2 sekali RM320 la kan, ala leh la bodek2 Mira dan Makcik mintak murah sket eheheheh..


Sum Sum Valley ni ada menyediakan pelbagai kemudahan seperti sewa tapak berkhemah, Karaoke, Dewan dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut? Meh sini ramai2 http://sumsumvalley.blogspot.com/


Apa fasiliti yang ada kat Sum Sum Valley ni? Klik sini---> http://sumsumvalley.blogspot.com/p/faciliti.html


Berapa Harga Sewa??? Klik sini ---->http://sumsumvalley.blogspot.com/p/rates-packeges.html


Mane Lokasi nye weh? Klik Sini ---->http://sumsumvalley.blogspot.com/p/location-map.html

Jangan tunggu lama lagi, tempah sekarang.. Hubungi Sum Sum Valley Klik Sini ---> http://sumsumvalley.blogspot.com/p/contact-us.html

Tension? Sedey? Ade masalah?Nak tenangkan fikiran? Sini la tempatnye..



P/s : Ehem, ehem tolong promote neh. Mira, leh ke kami dapat diskaun ehehehehhe :) Mekaseh mira dan famili atas layanan yang baik. Durian mereka sedap wehhhh (Walaupun acik makan seulas je. Darah tinggi weh miahahah!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cayang labuchee:)

Ingat Mengingati

Belog Labuchee adalah tempat acik mengadu domba segala kegiatan acik, sekadar menghiburkan hati sendiri dan menjadi tempat mengimbau kenangan silam.eceh!Maka dengan itu, segala apa yang tercatat di belog ini adalah dari lubuk hati acik. tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih berpijak di bumi yang nyata mahupun sudah tiada ya ya ya. Selain itu, entry2 yang ditulis kadangkala dikarang oleh acik pada waktu malam dan diauto publishkan ikut sesuka hati acik waktu dan tarikhnya. Ia adalah bukan pada waktu pejabat (ewah.....). Uols dibenarkan berkongsi entry jika berguna la ye, dan diharapkan dapatlah dikreditkan ke Labuchee. hehehe. Sebarang kecurian yang berlaku di belog ini, penulis tidak akan teragak2 untuk belasah korang! aci tak?Harap maklum. Bersamalah kita mengeratkan silaturrahim. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...