Ahad, Oktober 16, 2011

Jangan bersedeh :(

Berdiam dari menulis di blog, mesti ada something kan. Rasa sesak je dada kalau kita simpan dalam hati tanpa berkongsi dengan org lain, tapi kalau kite nak kongsi dgn org pn susah jgk takot org tak selesa dengar masalah kita lagi2 ia melibatkan cinta or femili kan?


Harini dah 22 hari aku dgn Ady dah takde pape, tapi still ada rasa rindu nak mesej, nak call lagi2 bila tengok kt pesbuk dia upload gamba celebrate besday linda. Ya Allah, seronoknye.. Lagi seronok kalau aku ade skalik ye dak? hehhehehe.. Bertuah dorang ade Ibu Ayah yg sporting dan baik, aku juge dapatla rase bahagianya tu walaupun sekejap.



Tapi aku yakin, bersebab kenapa sume ni berlaku. Ada lagi yang terbaik yang telah ditetapkan oleh Allah. kan?Aku hanya tumpang gembira melihat kegembiraan dorang tu. At least aku xde ase tersisih sbb Ibu, kakyong selalu tanye khabar selalu bg semangat kt aku. Tapi hati sape yg tak sedey kalau kita dah mengenali ahli keluarga, dah gembira tuk hubungan ini and last terputus jua. Tiada jodoh kan namenye.



Bile dah jadi cmni, peratus kepercayaan aku pada lelaki kdg2 da kurang. Lagi2 bile nak mengenali ahli keluarga kan. Aku ingat ini keputusan aku tuk berjumpa ahli keluarga adalah tepat, aku dah xnak main2 dah. Kali ni memang serius, akhirnya aku jugak yg terpaksa menangung semua kesedihan ni. Ya Allah, kuatkan lah semangat aku ini Ya Allah..



Aku bersyukur sebab walau jd cmni, aku masih menjadi sebahagian dr femili dorang. Tapi kuat ke aku nak berhadapan dgn org yg penah aku syg? Ibu ade jgk ajak dtg sane. tapi bile aku tau Ady tak keje tak patutlah aku nk terus2 menyibukkan diri ke sane kan? Aku taknak dia rasa tak selesa, dan terpakse jauhkan diri sebab ade kt situ. Aku kan cengeng!ahahha Pasti nanges la.. uhuk3...



Ya Allah,

Kau berikan kesihatan yg baik utk Mohamed Aidy Hafiezy, murahkan rezekinye, tetapkan imannya, jadikan dia anak yg soleh, berikan kebahagiaan utknya dunia dan akhirat. Mudah2 an die dapat ape yg dihajatinye.



Aku tak layak nk doakan keburukan tuk die, sesungguhnya aku jua insan khilaf yg byk lakukan kesilapan. Muge2 segala dosa2 aku, Ibubapaku, keluargaku, saudaramaraku, Keluarga IbuAyah, diampunkan. Amin



Dah banyak kali aku bersedey pasal cinta, yang aku mohon pada Allah agar berikan aku kekuatan kali ni agar aku tak putus semangat! Aku perlu teruskn hidup, aku bole hidup tanpa cinta. Mungkin masa tidak sesuai lg utk aku fikir pasal cinta ni. Jasa MakAbah membesarkan aku pn tak terbalas lagi kan. Mudah2an Allah bukakan pintu rezeki ku, Amin yarobbalalamin.



Eh2, panjang lebor ye aku merapek. hehehehe.. Harap korang jgn busan lak ye. Just nak luahkan ape terbuku kat buku hati ni haaaa.. ehheheeh :)



Jumpe lagi :) tataaaaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cayang labuchee:)

Ingat Mengingati

Belog Labuchee adalah tempat acik mengadu domba segala kegiatan acik, sekadar menghiburkan hati sendiri dan menjadi tempat mengimbau kenangan silam.eceh!Maka dengan itu, segala apa yang tercatat di belog ini adalah dari lubuk hati acik. tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih berpijak di bumi yang nyata mahupun sudah tiada ya ya ya. Selain itu, entry2 yang ditulis kadangkala dikarang oleh acik pada waktu malam dan diauto publishkan ikut sesuka hati acik waktu dan tarikhnya. Ia adalah bukan pada waktu pejabat (ewah.....). Uols dibenarkan berkongsi entry jika berguna la ye, dan diharapkan dapatlah dikreditkan ke Labuchee. hehehe. Sebarang kecurian yang berlaku di belog ini, penulis tidak akan teragak2 untuk belasah korang! aci tak?Harap maklum. Bersamalah kita mengeratkan silaturrahim. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini