Rabu, Mac 16, 2011

Bila Dia Sudah Tiada... :(

Assalamualaikum uols.
Hujan beb rini, sangat best lah.Tapi yang tak best masuk opis lambat sambil wat muka tak bersalah. ehehe.
Kalau la dapat sambung tido, perghh nikmat beb.

Berbalik pada cite asal..
Acik ada terbaca luahan hati seseorang tentang arwah kawan baik nya, tak silap acik arwah meninggal febuari lepas sebab sakit jantung. Allah,sangat menyentuh hati. Banyak kebaikan yang arwah buat yang dia memang takkan lupakan hingga akhir hayat, lagi2 arwah meninggal pada usia yang muda, 21 tak silap aku.. AlFatihah.
Sedih kan, teringat acik kat Arwah Azida. Kawan masa belajar di Poli dulu, tapi lain course.Kawan searas kate ko kan, semester 1 baru nak kenal2 kawan. nak mesra2 dengan tempat. Tak silap masa tu study week, mane la ada kelas kan. Memasing dengan agenda memasing la kan. ehehe. :)

Arwah Azida ni ambik course Hotel Katering, tak silap acik la ye. Asal dari taiping, baik, peramah, ngam kepala gak la.Acik mase tu 1 bilik dengan Dayah, dak Letrek. Sian Dayah, asek sorang je dalam bilik. Sobab eh, acik ni suke merempat bilik orang. Tak bilik lela&Naien, bilik lina&Zida takpun Wani&Fala, Dasyat punye suka merempat acik time tuh ahahahaha..

Malam sebelum dia meninggal, dia nampak sedih je. Ada masalah sikit dengan En Bf katenye, erm.....arwah ada ajak pergi Pekan pagi esok nye, nak beli barang. Acik masa tu memang takde lesen, idak le berani. Wani pesan mintak tolong kuarkan duet. Malam tu weols sume gi Qiamulail, balik dr Pusat Islam sume terbongkang kat bilik wani. Arwah dah kuar awal2, x habaq pun. Kad Bank wani pun die tak ambik. Macam ada tanda2 je kan?Masa tu mana la perasan kan, fikir dia terlupa la tuh.

Disebabkan study week yg lama, rancang2 camtu weols decide nak balik KL. Tumpang MEM..Mem baru kawen, aishhhh memang la nak je kan balik kl. alalala.. Dalam kul 11 camtu weols da bersiap sedia hangkut beg turun bawah nak tunggu mem ambik keta, lepak2 ade orang call acik. Sape ek?tak ingat la, lela ke lina tak ingat beb. Bgtahu Azida accident, meninggal dunia. Subhanallah... Lari laju2 beg tah ke mana, laptop tak ke mana naik balik bilik tgk dah ramai dalam bilik fala&wani...Lina kwn acik yg sebilik dgn azida dah lembik kt tepi. Kwn yang hari2 teman tido, dah takde untuk selamanya. Ya Allah.. Terus kenangan demi kenangan berputar kat pale acik ni. 2 hari sebelum, arwah pun juin acik merempat tido dalam bilik lela, pergi library study same2. Dia dah dapat rasa kan yang dia memang nak tinggalkan kite.

Kami terus gi hospital Sabak Bernam, dengar dia accident dengan hidayah. Kawan sealiran la nan dia, umur hidayah panjang. Allah panggil Arwah Azida pulang dulu. Subhanallah, kuat tak kuat je jejak kaki kat hospital tu. Kami tak dapat pun tengok jenazah, malam tu jugak jenazah dibawak ke taiping. Kami?meneruskn perjalanan pulang ke KL. Mengikut rancangan, eh asal ek???Kite balik jugak?Sbb sume dah sumbat lam keta?Allah.....Masa dlm perjalanan balik tu, kan lalu kwsan estet2 tu kan?time tu betul2 maghrib. 1 keta layan sedih, ain sedih tapi dia la yg wat2 kelaka bagi semua tak rasa kesal, sedeh. Elok2 je, dengar tayar meletup. Ya Allah, dugaanMu. Sume panik, mem lagi la.Cuak weh, dah la kecik molek je orang nye. Berhenti kat tepi ada abang n mak ayah die tolong. Die follow sampai masuk rawang. Alhamdulillah. Banyak btul dugaan hari tu, Dorang cite Arwah bila dah siap mandi dan dikafan senyum je.. Macam takde rase sakit pun. Syukur.. :)
Rindu kan korang??

Berbalik pada motip cite acik tadi, (Ades...acik nak cite lain, terus melayan kesedihan itu. mahap ye uols. :( )
Acik gi ler terjah FB Arwah. Boleh tgk wall, acik baca je. sbb tak fren. Dari status2 yang ada, nampak arwah memang seorang yang baik. Alhamdulillah. Yang paling acik sedih bila nampak masih lagi ada "in a relationship with" , Ya Allah, tabahkanlah hati insan yang menyayangi arwah tu. Walaupun belum ada ikatan yg Sah, setiap manusia kan ada Hati dan Perasaan. Ikhlas menyayangi kerana Allah, insyaallah.hubungan itu diredhai Allah. Sakit, Perit, Kecewa sume ade bila insan yang selalu ada dgn kita, selalu ambik berat ttg kite, yang dah banyak berjanji bahagia dgn kite dengan sekelip mata tiada lagi bernyawa. Jasad pun kita tak akan nampak dah.

Erm.. Nampak si gadis masih lagi belum dapat melupakan walaupun cuba menghiburkan hati sendiri. Lupa tu tak mungkin la kan, at least dpt terima yang telah terjadi ni pun dah Alhamdulillah kan. :) Kalau acik ditempat si gadis pn, acik x kuat kot. Biase la, acik dah la Ratu Sentap. gituk..ehehe.
Pada si Gadis, kuatkan dirimu yeh. Sedekahkan AlFatihah, Doa, Yassin insyaallah berganda2 kebahagiaan yang arwah dapat kat Sana. Segalanya telah ditetapkan, masa, waktu kita jua akan tiba. Mudah2 an, kite semua diberkati Allah.Amin... :)

Nota sodih : Setiap DoaKu mengiringi Pemergianmu. Mudah2 an Keluarga kita yang telah tiada ditempatkn dikalangan HambaNya yang beriman.Amin. AlFatihah .....

1 ulasan:

  1. aku pun rindu kat arwah wei...
    erm rindu sngt kat dia....
    adoaiiiii mana leh kita lupakan arwah sbb mlm tu kita semua sama dgn dia... :(

    BalasPadam

cayang labuchee:)

Ingat Mengingati

Belog Labuchee adalah tempat acik mengadu domba segala kegiatan acik, sekadar menghiburkan hati sendiri dan menjadi tempat mengimbau kenangan silam.eceh!Maka dengan itu, segala apa yang tercatat di belog ini adalah dari lubuk hati acik. tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih berpijak di bumi yang nyata mahupun sudah tiada ya ya ya. Selain itu, entry2 yang ditulis kadangkala dikarang oleh acik pada waktu malam dan diauto publishkan ikut sesuka hati acik waktu dan tarikhnya. Ia adalah bukan pada waktu pejabat (ewah.....). Uols dibenarkan berkongsi entry jika berguna la ye, dan diharapkan dapatlah dikreditkan ke Labuchee. hehehe. Sebarang kecurian yang berlaku di belog ini, penulis tidak akan teragak2 untuk belasah korang! aci tak?Harap maklum. Bersamalah kita mengeratkan silaturrahim. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terdapat ralat dalam alat ini