Selasa, Julai 27, 2010

Oldtown White Coffee TAK HALAL??

Salam Uolsss..
Sapa aje yg pernah makan di tempat tersebut??
Masyaallah, terkejut beruk acik bila baca artikel nih...
Yela acik kau ni pemalas nak baca paper, org da berzaman aku baru nak gembar gemburkan cite ni kan.huhu

Adalah niat di hati nak ajak family beramah mesra kt oldtown ni tapiiii....
Ate, baek ler acik bawok fakily gi makan kat kedai sate Hj Samuri kan....


*kredit selangor2u...

Layaannnnss.......

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.

“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.

“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. UTUSAN

~Nota Lemaks : Berhati hati kalu tak mau kaki katak bergelodak dalam perot kau...agagag..LArikssss

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cayang labuchee:)

Ingat Mengingati

Belog Labuchee adalah tempat acik mengadu domba segala kegiatan acik, sekadar menghiburkan hati sendiri dan menjadi tempat mengimbau kenangan silam.eceh!Maka dengan itu, segala apa yang tercatat di belog ini adalah dari lubuk hati acik. tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih berpijak di bumi yang nyata mahupun sudah tiada ya ya ya. Selain itu, entry2 yang ditulis kadangkala dikarang oleh acik pada waktu malam dan diauto publishkan ikut sesuka hati acik waktu dan tarikhnya. Ia adalah bukan pada waktu pejabat (ewah.....). Uols dibenarkan berkongsi entry jika berguna la ye, dan diharapkan dapatlah dikreditkan ke Labuchee. hehehe. Sebarang kecurian yang berlaku di belog ini, penulis tidak akan teragak2 untuk belasah korang! aci tak?Harap maklum. Bersamalah kita mengeratkan silaturrahim. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...