Isnin, Februari 25, 2013

Hari hari Indah

Sambung cerita Alkisah masuk hospital.  Walaupun aku tau tiada siapa nak baca blog picisan aku, hanya kawan - kawan je bace. Terima kasih ! Aku nak juga meluahkan dan mencatatkan apa sahaja yang berkaitan, nanti dah tua dah ada anak cucu cicit boleh lah aku mengimbau kenangan lama kan ahahaha..

Lepas check in katil 26 tu, nurse kasi aku baju hijau. Uniform kateee kooo ahaks :P
Katil betul-betul sebelah pintu masuk tandas. Senang la aku nak ke tandas kan, tapi aku harap dapat katil tengah, ni dapat pulak katil tepi sekali. Hujung nya dah tingkap, aku memang penakut. keh3.
Macam-macam aku duk fikir, tapi kan ada tirai. Boleh la tutup malam kang !

Wad 6A ni bercampur lelaki dan perempuan, maksud aku kat ruang katil aku ada 6 katil. Semua tu perempuan la, tapi dari pintu masuk semuanya katil lelaki, cuci mataaaa gua cakap luuuu.. ekekekeke !!
Wad tu untuk yang bermasalah telinga, leher, idung dan tekak. Macam2 ragam penyakit la ada dalam tu.
Sebelah katil aku, perempuan melayu. Aida nama dia, baik. Dah kahwin, dia la kawan aku sepanjang aku dalam wad tu. EH! Ada lagi sorang, Syuhada. Perwatakan seperti tomboy sikit tapi pun baik dan dia la kawan borak aku kt situ, tapi 3 hari aku kat situ dia dah boleh keluar sebab dah selesai operation tonsil.  Aku pun asik join Aida TIDO. ahahahaha, sebab Si Aida ni sakit telinga macam aku tapi dia lagi teruk effect pening2 sampai nak berjalan pun susah! Alhamdulillah, sakit aku tak la teruk macam orang lain.

Mula-mula aku masuk, nurse pelatih tu check tekanan darah dan gula ! 
Tekanan darah 180/145
Gula 15
Ya, memang tinggi. Aku sendiri pun terkejut. Padahal, sehari harian aku minum air masak 3 liter. Mungkin makan nasi. Kan? Kesedihan la aku kat situ. Hari pertama doktor kemain ramai datang kat katil aku sebab aku terlalu muda katanya untuk aku ada darah tinggi dan kencing manis. Dipicit2 nya kaki tangan aku, tapi takde pun tanda kena kencing manis. Dibukaknya baju aku, perghh seb baek pakai Bra! Doktor perempuannn ok ahahaha. Aku macam malu, tapi dah sakit kita terpaksa redha. Doktor puas ati sebab dah check dan tanda2 kencing manis teruk tak ada. Gerun aku bila sampai disebutnya Insulin la, jadah la !

Bermula chapter aku mengenali ubat2 yang perlu aku ambil. Seumur hidup katenya? Tapi kita tak boleh bergantung pada ubat semata kan, mesti ada jalan lain untuk sembuh dari penyakit kita kan. Sejak masuk hospital, sebutir nasi aku tak sentuh. Aku hanya ambil sekeping  biskut dan sekeping roti gandum. Nak termuntah muntah makan, tapi aku paksa. Perut pun tak berapa nak lapar mungkin sebab takut kot.  Nasi dan lauk hospital x pernah aku usik, ade pun aku rasa sikit lauknya. TAWAR! hehehe di baginya aku garam peket kecil, suruh isi sendiri la kot. Tak daya aku nak makan dah.

Alhamdulillah, makin hari makin turun tekanan darah dan gula. Mak pesan, jangan angkat call dari opis! keh3... Memang, setiap kali suzi call aku cakap pasal kerja aku yang si MAKCIK tua tu bising2, tekanan darah aku jadi tinggi. So, dengan itu. Aku taknak dah angkat call dan fikir yang bukan2. Just happy kan diri sendiri je kat situ. Ada Tv tapi jauh, kena jalan melalui lelaki2 itew dan ke bilik istirehat. Masa tu kan tengah gila cerita Setia Hujung Nyawa. Aku pun join la sekali, nurse2 pelatih pun sama naik ngan aku penonton setia pukul 7 ekekek !

Jumaat malam, hari keempat aku dah mula rasa lapar dan happy sebab doktor cakap kalau ok sabtu esoknya aku dah boleh keluar. Husband Aida rajin datang, lepas balik kerja mesti dia datang. Malam tu, Aida belikan aku bihun goreng. Makan pun menyorok2, ehhhh entah pelik. kenapa pulak nak menyorok, nurse kat situ tak abis2 suruh aku makan. Sebab dorang tengok, pinggan aku tak pernah berusik, tskk tskk.. Kelakar bila ingat balik. Menyorok bagai kan! Uikss, bihun die sedap gile babai weh ! Aida cakap asben die beli kat restoran yang susur keluar dari Selayang Mall tu. Ingat lepas keluar aku nak pergi sana, tak menyempat weh! Kencing manis aku naek sket hihih.. Dari 5 jadi 6.7 sbb makan bihun tu kot ahaks! 

Yang merisau kan aku, 3 hari sebelum aku keluar doktor bagi 2 botol dia suruh aku kencing dalam botol tu. Berkenaan buah pinggang kalau tak silap aku, itu je yang merisau kan aku sekarang. Nanti bulan 4 aku ada appoinment doktor untuk buah pinggang.  Doakan aku yer mudah2 an semuanya selamat dan tiada apa yang buruk berlaku. Telinga aku pun dah elok. Syukur Alhamdulillah. Tinggal darah tinggi n kencing manis la aku kena control. Tapi, aku rasa aku tak boleh go on dengan ubat hospital ni. Sebelum ni, aku makan ikut time dan aturan dia. Hari2 kedua2 kaki aku membengkak. macam orang mengandung pulak. Aku decide makan sehari sekali. Malam2 tido aku tinggi kan kaki letak atas bantal. kurang la bengkaknya. Aku try pulak tak makan ubat. Haihhhh kempis je kaki aku. tapi tak boleh jugak kan kalau tak makan ubat!

Happy! Dalam masa yang sama rasa sedih pulak nak tinggalkan kawan kat hospital tu kan. Nasib Aida sekepala ngan aku. Time nak tido, masing2 takut.  Ada tirai antara katil aku ngan dia dililitnya tirai tu supaya aku boleh nampak muka dia, die pun bole nampak muka aku. ahahahahaha.. kalau camtu takda lah takut kan hihi :P  Tapi die beruntung dapat suami yang baik, yang ada waktu susah dan senang. Nangis weh laki dia sebab aida tak kasi tido hospital. keh3.. So Sweet :) 

Keluar ja hospital, Kak Ina (kazen aku) mesej tanya kalau nak try urut dengan orang buta kat Pertama tu. Katanya, sebelum ni suaminya abg rahim pernah sakit telinga dan hampir kena minor strok dan dia pergi berurut dengan Abg Sidi (Owner ) tempat urut orang buta tu.  Mak aku cakap, takpe lah. Duit kita boleh carik, kita ikhtiar dulu mana tau kalau boleh elok atau kurangkan penyakit tu. Ok2, kite try ok :)

Nanti aku share pasal urutan orang buta tu yer.  :)

1 ulasan:

  1. Biase la lauk hospital memey tawo. Hee..hee..
    Banyakkan sabar atas ujianNya ye wak..

    BalasPadam

cayang labuchee:)

Ingat Mengingati

Belog Labuchee adalah tempat acik mengadu domba segala kegiatan acik, sekadar menghiburkan hati sendiri dan menjadi tempat mengimbau kenangan silam.eceh!Maka dengan itu, segala apa yang tercatat di belog ini adalah dari lubuk hati acik. tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih berpijak di bumi yang nyata mahupun sudah tiada ya ya ya. Selain itu, entry2 yang ditulis kadangkala dikarang oleh acik pada waktu malam dan diauto publishkan ikut sesuka hati acik waktu dan tarikhnya. Ia adalah bukan pada waktu pejabat (ewah.....). Uols dibenarkan berkongsi entry jika berguna la ye, dan diharapkan dapatlah dikreditkan ke Labuchee. hehehe. Sebarang kecurian yang berlaku di belog ini, penulis tidak akan teragak2 untuk belasah korang! aci tak?Harap maklum. Bersamalah kita mengeratkan silaturrahim. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...